Search
Close this search box.

Dah Bayar Lebih RM240,00, Amyra Rosli Kecewa Rumah Tak Siap

Pelakon popular, Amyra Rosli menerusi satu perkongsian terbaru di akaun IG miliknya meluahkan rasa terkilan dan kecewa setelah pihak kontraktor gagal menyiapkan rumah ibu bapanya seperti yang dijanjikan.

Jelas Amyra, bayaran sebanyak RM240,000 telah dibuat kepada pihak kontraktor lebih kurang setahun lalu, namun kerja renovasi masih tidak siap.

Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat. Semakin rosak bangunan rumah mama ayah.

Pelakon drama Nur itu turut memaklumkan bahawa ramai lagi sebenarnya yang telah menjadi mangsa syarikat berkenaan.

Banyak jugak saya dengar ramai yang terkena dengan diorang, ambil project banyak-banyak and then terbengkalai. Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang kat dunia ni.

Di akhir perkongsian, Amyra berjanji kepada ibu bapanya untuk menyiapkan rumah tersebut dengan kadar segera.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories