Impian skuad Kebangsaan ke Final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) hancur selepas juara bertahan, Thailand menumpaskan Malaysia 3-0 pada Separuh Akhir Kedua di Bangkok malam tadi.
Pasukan Gajah Perang berjaya membolosi gawang gol Malaysia pada minit ke-18 hasil tandukan Terasil melalui hantaran lintang kapten pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan.
Separuh masa kedua meyaksikan dua lagi gol dari Pasukan Thailand berjaya dibolosi gawang anak buah Kim Pan Gon pada minit ke-55 dan 73.
Thailand menang secara agregat 3-1 melayakkan mereka ke perlawanan akhir bertemu Vietnam yang akan berlangsung 13 dan 16 Januari nanti.
SHAH ALAM, MALAYSIA - MARCH 22: Mohammad Faisal Halim of Malaysia celebrates after scoring during the AFC U-23 Championship qualifier between Malaysia and Philippines at Shah Alam Stadium on March 22, 2019 in Shah Alam, Malaysia. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)
Skuad Harimau Malaya menang tipis 1-0 menentang Thailand pada Separuh Akhir Pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Anak didik bimbingan Kim Pan Gon, Faisal Halim berjaya membuatkan pasukan Thailand terkedu hasil jaringan awal pada minit ke-11.
Malaysia sekali lagi berjaya menghasilkan jaringan kedua hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 akan tetapi dibatalkan oleh pengadil apabila didakwa berlaku kekasaran terhadap pemain Thailand.
Separuh Akhir kedua akan berlangsung di Bangkok pada 10 Januari 2023.
Sekali lagi Pasukan Malaysia membawa berita gembira apabila berjaya mengalahkan negara jiran, Singapura 4 – 1 di perlawanan suku akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir apabila menunjukkan aksi garang dengan gol pembukaan apada minit ke-35 hasil tandukan Darren Lok.
Dua gol lagi berjaya dihasilkan oleh Skuad Negara pada separuh masa kedua hasil sepakan Stuart Wilkin pada minit ke-51 dan 54. Walaubagaimanapun. Singapura tetap bersemangat apabila berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Faris Ramli pada minit ke-85.
Sergio Aguero mengekalkan kedudukan selesa Skuad Negara dengan jaringan gol keempat pada minit ke-88. Malaysia akan bertemu juara bertahan Asia Tenggara, Thailand di peringkat Separuh Akhir.
Bintang terkenal bola sepak dunia, Cristiana Ronaldo mengumumkan menyertai Kelab Bola Sepak Arab Saudi, Al Nassr dengan bayaran gaji 200 Juta Euro setahun bersamaan RM945 Juta.
Pengumuman tersebut dibuat di akaun Instagram Al Nassr. Kontrak perjanjian Cristiana Ronaldo bersama kelab Al Nassr sehingga Jun 2025.
Argentina akhirnya berjaya merangkul FIFA Juara World Cup 2022 selepas mengalahkan Perancis dengan sepakan penalti 4 -2. Kali terakhir Argentina bergelar juara World Cup ialah pada tahun 1986.
Argentina dan Perancis berbalas gol dengan kedudukan 3 -3 sehingga tamat masa tambahan 120 minit. Kemudian perlawanan diteruskan dengan penentuan sepakan penalti.
Sepakan dimulakan oleh Lionel Messi dan Kylian Mbappe masing-masing 1 -1. Akan tetapi peluang Perancis semakin pudar apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol.
Keputusan 4-2 hasil sepakan dari Goncalo Montiel sekaligus membenarkan Argentina membawa pulang trofi Piala Dunia ke Buenos Aires selepas 36 tahun.
Lionel Messi dinobatkan Player of the Match manakala Kylian Mbappe sebagai Golden Boots hasil 8 jaringan gol sepanjang musim 2022 FIFA World Cup.