Search
Close this search box.

Skyline Luge Pertama di Malaysia Bakal Di Buka di Gamuda Gardens

Pengendali riadah dan hiburan, Skyline Enterprise akan membuka tarikan Luge pertamanya di Malaysia pada penghujung tahun 2023. Taman aktiviti ini akan dibina di atas tapak berkeluasan 30,000 meter persegi yang bertempat di Gamuda Gardens, Rawang.

Berasal dari New Zealand, Skyline Luge Activity Park mempunyai tunggangan rekreasi basah dan kering yang akan menampilkan 4 trek luge dengan keunikan tersendiri beserta dengan terowong terpanjang di dunia. Bukan itu sahaja,  Skyline Luge juga akan memperkenalkan lif ski pertama di Malaysia yang bertujuan untuk melintasi taman.

Untuk pengetahuan, ini akan menjadi taman keempat Skyline Enterprises di Asia. Tiga lagi terletak di Singapura, Busan dan Tongyeong di Korea Selatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories