Search
Close this search box.

AirAsia Tawar Tambang Rendah Tetap Bermula RM298 Ke Sarawak & Sabah Sempena Tahun Baru Cina

AirAsia hari ini melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam bagi menyatukan keluarga pada Tahun Baru Cina ini dengan tambang berpatutan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

Terbang ke kampung halaman pada musim perayaan ini dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri dengan tambang tetap RM298* sehala dan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang tetap RM348* sehala bermula dari 5 hingga 15 Februari 2024.

Selain 134 penerbangan tambahan lewat malam pada tambang rendah tetap ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 408 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menyokong inisiatif kerajaan pada musim perayaan ini.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke menyokong usaha AirAsia yang merupakan salah satu syarikat penerbangan tempatan yang terus konsisten menyokong inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan dengan tambang berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan. Inisiatif tambang tetap ini juga sejajar dengan inisiatif-inisiatif kerajaan termasuk program FLYsiswa di mana kerajaan menyediakan subsidi RM300 untuk pembelian tiket penerbangan oleh pelajar universiti awam dan subsidi tambang asas** RM599 sehala bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan seperti yang diumumkan pada tahun lalu. Kerjasama antara kerajaan dan pemain industri yang terlibat adalah penting untuk membangunkan sektor penerbangan yang lebih kukuh dan dinamik seterusnya memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam menegaskan pihaknya terus komited untuk mengendalikan penerbangan dengan tambang berpatutan demi menyatukan para tetamu dengan keluarga mereka. AirAsia berbesar hati untuk melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dengan 25,000 jumlah tempat duduk bagi tempoh perayaan akan datang.

Para tetamu yang melakukan perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi airasia Superapp, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan. Untuk menikmati pengalaman penerbangan yang lebih lancar, daftar ciri-ciri FACES melalui aplikasi airasia Superapp untuk menggunakan lorong khas EZ Pass di lapangan terbang dan semasa menaiki pesawat.

Muat turun aplikasi airasia Superapp dari Apple App StoreGoogle Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan yang ditempah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories