Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini melancarkan penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Balik kampung dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah pada hanya RM199* dan RM249*, yang tersedia untuk tempahan mulai sekarang sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023. Penerbangan tambahan ini tersedia untuk beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah. Para tetamu juga boleh menempah penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu pada tambang tetap ini. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, AirAsia kekal komited untuk menghubungkan para tetamu dengan keluarga mereka pada tambang berpatutan terutamanya ketika musim perayaan.
Misi dan visi kami untuk membolehkan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia untuk terbang ke destinasi pilihan mereka masih kekal sejak tahun 2001 sehingga kini. Sebanyak 164 pesawat kami telah beroperasi pada peringkat kumpulan dan jumlah pesawat kami akan kembali kepada kapasiti penuh iaitu 229 pesawat dalam beberapa bulan akan datang, di mana kami akan dapat menerbangkan lebih ramai tetamu pada tambang bernilai hebat.
Para tetamu yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) bagi mengelakkan kesesakan. Para tetamu juga amat digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan bagi pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan anda.