Search
Close this search box.

AirAsia Tawar 10 Juta Tempat Duduk Percuma!

Syarikat penerbangan tambang rendah dengan kumpulan pesawat terbesar, rangkaian terluas dan tambang terendah, AirAsia kini kembali mengumumkan Jualan Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk ke pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, para tetamu boleh menerokai keindahan destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi bermula RM23* sehala. Tempat duduk untuk destinasi yang menarik di seluruh Asean seperti Jakarta, Bali, Bangkok, Ho Chi Minh, dan banyak lagi juga tersedia untuk tempahan bermula RM60* sehala. Jualan ini akan tamat pada Ahad, 19 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 September 2023 dan 13 Ogos 2024. Rancang percutian lebih awal untuk mendapatkan tawaran bernilai terbaik!

Terbang lebih jauh bersama-sama AirAsia X untuk menerokai keindahan pantai di Perth, syurga makanan dan membeli belah Taipei dan bandar menarik Tokyo dengan tambang termasuk semua bermula RM329* sehala. Nikmati tempat duduk Premium Flatbed ke destinasi-destinasi ini dan banyak lagi bermula RM1,299. Promosi ini hanya sah mulai sekarang hingga 19 Mac 2023, untuk perjalanan antara 4 September 2023 dan 9 Julai 2024.

Penerbangan AirAsia ke China yang baru sahaja disambung semula juga tersedia untuk jualan. Terbang dari Kuala Lumpur ke Hangzhou, Shanghai, Beijing (Daxing), Guangzhou, Shenzhen dan Kunming daripada RM599* sehala, dari Kota Kinabalu ke Guangzhou dan Shenzhen daripada RM299* sehala dan dari Johor Bahru ke Guangzhou daripada RM469* sehala. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5

Kempen Jualan 10 Juta Tempat Duduk PERCUMA* baharu ini telah dipromosikan pada Ahad di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, dengan persembahan bertenaga oleh AirAsia “Fun Team” dan pasukan sorak untuk melancarkan tempoh promosi ini. Baucar penerbangan PERCUMA* turut ditawarkan kepada beberapa pemenang bertuah yang menyertai beberapa pertandingan mini di acara tersebut. Seperti biasa, ahli airasia dan ahli BigPay boleh mendapatkan akses eksklusif untuk jualan ini 24 jam lebih awal.

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi melalui @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories