Search
Close this search box.

‘5-Star Hunter Bersama GrabFood Rancangan Hiburan Makanan Kerjasama iQIYI & Grab Malaysia

Peneraju penstriman Asia, iQIYI bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk melancarkan rancangan aneka hiburan baharu 5-Star Hunter Bersama GrabFood.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, rancangan itu menandakan kemunculan rancangan aneka hiburan berjenama pertama iQIYI, selaras dengan usaha mereka untuk menempatkan diri dalam landskap pengiklanan kontemporari, yang dikenali sebagai ‘advertainment’.

Ia sekali gus merintis domain yang masih belum diterokai untuk membina kesedaran jenama. 5-Star Hunter Bersama GrabFood’ akan ditayangkan bermula 2 Jun 2023 secara eksklusif di iQIYI.

Disiarkan dalam format ulasan makanan dan rancangan memasak all-in-one, rancangan ini menampilkan cef selebriti Malaysia, Chef Fikree yang akan disertai oleh beberapa blogger makanan dan selebriti tempatan yang akan merentasi bandar-bandar di Malaysia untuk mencuba pelbagai hidangan asli dari restoran 5-Bintang GrabFood.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa, Dinesh Ratnam, berkata, pihaknya sangat teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan GrabFood Malaysia yang menjadi rakan kongsi popular kegemaran ramai untuk menghasilkan rancangan aneka hiburan berjenama tempatan sulungnya.

“Dalam bidang hiburan, platform over-the-top (OTT) seperti iQIYI telah muncul sebagai pemangkin penting yang mendorong pertumbuhan industri hiburan tempatan, menawarkan pelbagai jenama laluan baharu untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna mereka.

“Pendekatan inovatif ini membolehkan mereka menjangkaui kaedah pengiklanan tradisional disamping mengetengahkan tawaran mereka dengan cara yang sangat menarik dan dengan pengaruh yang lebih berkesan kepada penonton,” katanya.

Rancangan ini membawa kitaran unik kepada kategori rancangan aneka hiburan kerana ia membawa anda ke belakang tabir penghasilan makanan kegemaran ramai, selain menampilkan cerita tentang pemilik kedai.

Sementara itu, format rancangan ini akan menampilkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GrabFood, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada penonton.

Ini melangkaui kaedah pengiklanan konvensional, kerana GrabFood mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan lancar ke dalam pengisian kandungan rancangan, seterusnya memberikan pengalaman jenama yang unik dan mengasyikkan.

5-Star Hunter Bersama GrabFood menampilkan enam episod berdurasi 15 minit yang akan menyaksikan Chef Fikree dan tetamu selebriti istimewanya mengembara ke pelbagai negeri di seluruh Malaysia untuk melawat restoran 5-Bintang GrabFood, bertemu dengan individu di sebalik tabir bagi mengetahui sejarah sesebuah lokasi berkenaan dan hidangan yang membuatkan mereka terkenal.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories