Search
Close this search box.

10 Maut Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Malaysia digemparkan dengan tragedi pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, yang membawa 6 penumpang dan 2 anak kapal. Pesawat penumpang jenis Beechcraft yang dalam perjalanan dari Langkawi dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Subang pada pukul 2.50 petang. Pesawat dipercayai hilang kawalan dan terhempas kira-kira jam 2:45 petang berhampiran dengan ‘Jambatan Pelangi’ yang menjadi mercu tanda kawasan itu.

10 mangsa disahkan terlibat termasuk 2 anak kapal dan 6 penumpang, seorang pemandu e-hailing dan seorang ‘rider’. Kesemua cebisan mayat telah dikutip dan dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara penumpangyang terlibat. Turut tersenarai dua juruterbang iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories