Bapa mentua Puteri Sarah Liyana, Datuk Yusof Haslam memujuk menantunya itu supaya menimbang semula keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap anaknya, Syamsul Yusof pada Isnin ini.
Walaupun rumah tangga anaknya tampak seperti retak menanti belah, Yusof Haslam masih berharap ada keajaiban berlaku. Namun jika perceraian yang berlaku, Yusof Haslam akur dengan kehendak menantunya itu.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
Jelas Yusof Haslam lagi, anaknya perlu membuat perubahan di dalam hidup sekiranya perceraian berlaku.
Beberapa hari lalu, Puteri Sarah, mengesahkan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini selepas suaminya membuat pengakuan telah berkahwin dua.
Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.