Search
Close this search box.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Buka Kafe Ke-150 Di Puchong

Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.

Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untukmembawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan. Oleh itu, kami berasa amat bersyukur kerana cita dan semangat kami juga disambut baik oleh rakyat Malaysia, yang terus mendukung usaha kami untuk menjadikan kafe-kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia sebuah ruang komuniti yang istimewa. Pembukaan kafe kami yang ke-150 merupakan komitmen kami untuk terus memupuk hubungan yang kami telah corak dengan para pelanggan di Malaysia.”

Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi yang terletak di Sierra Fresco menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung. Reka bentuk dalaman kafe ini yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka, menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya. Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit, menzahirkan sebuah ambien yang nyaman dan mesra.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories