Tampil Lebih Garang, Toyota Corolla Cross GR Sport Tiba Di Malaysia

UMW Toyota Motors melancarkan model naik taraf crossover/SUV segmen B, Corolla Cross 1.8L GR Sport dengan harga jualan RM142,000, atas jalan tidak termasuk insuran di Malaysia.

Dari luaran, model ini didatangkan dengan warna luaran dua-tona dengan kemasan hitam bagi cermin sisi, bumbung dan spoiler belakang. Lampu belakang juga digantikan dengan jenis LED.

Tiga pilihan warna badan ditawarkan untuk varian GR Sport iaitu Platinum White Pearl dua tona, Red Mica Metallic dua tona dan Nebula Blue dua tona.

Untuk enjin, ia masih menggunakan unit yang sama seperti varian lain, ZR-FE 1.8 liter empat-silinder Dual VVT-i petrol, dengan janaan maksimum 139 PS @ 6,400 rpm dan 172 Nm @ 4,000 rpm tork.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories