SplashMania Waterpark Tambah Dua Lagi Tarikan Baharu Buat Pengunjung

Pemaju hartanah, Gamuda Land memperkenalkan dua lagi tarikan baharu di taman tema air, SplashMania Waterpark di Gamuda Cove, dekat sini.

Dua tarikan baharu itu ialah Zoomi’s Runway yang membawa pengunjung ke bawah sejauh 100 meter dari Kapal Amazonia terus ke Omba’ King Cove mengambil masa antara lima hingga tujuh saat.

Manakala, Sky Leap menawarkan pengalaman ekstrem melalui terjunan bebas dari titik setinggi 17.5 meter di taman air itu sebelum melakukan lompatan ‘Lóng Lóng’.

Kedua-dua tarikan baharu itu ditawar berasingan pada harga RM45 secara individu, tetapi dengan promo ‘Play Lóng Lóng’, ia kini digabungkan dengan Surf Mania, sekali gus menawarkan pakej RM30 sahaja untuk satu aktiviti, RM50 (dua aktiviti) dan RM60 (tiga aktiviti).

Pengurus Besar Kanan (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Liong Ve Lyn, berkata dengan penambahan dua tarikan baharu itu menjadikan 39 jumlah keseluruhan aktiviti yang ada di SplashMania ketika ini.

Katanya, pengunjung yang ingin mencuba tarikan baharu itu boleh membelinya secara berasingan kerana ia tidak disertakan sekali dalam tiket masuk ke taman air itu.

“Kami putuskan untuk menawarkan tarikan baharu ini berasingan kerana merasakan tidak semua orang menyukai aktiviti yang agak ekstrem sebegini selain merasakan tidak adil jika perlu naikkan harga tiket semata-mata ada penambahan dua tarikan baharu ini.

“Jadi, kami berikan pilihan kepada pengunjung yang mana jika mereka mahu mencubanya, maka ia boleh dibeli secara berasingan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran tarikan baharu itu, hari ini.

Ve Lyn berkata, dari segi keselamatan, semua aktiviti di Splash

“Kami yakin tarikan baharu ini yang baru dibuka pada 1 Februari lalu, akan menerima sambutan daripada pengunjung dan memerlukan sedikit masa untuk dihebahkan kepada orang ramai,” katanya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories