Samsung Galaxy A14 Baharu Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM799

Samsung telah mengumumkan pelancaran Galaxy A14 baharu di Malaysia mulai 15 Mac 2023, selaras dengan komitmennya untuk melengkapkan rangkaian inovasi Galaxy terkini di samping menawarkan pengalaman bersambung dengan nilai harga yang berpatutan.

Peranti Galaxy A14 ini tersedia dengan kamera hadapan 13MP yang memberikan lonjakan besar untuk swafoto dari segi kualiti rakaman berbanding dengan Galaxy A13. Ciri-ciri inovasi Galaxy yang sekian lama telah bersinonim dengan prestasi peranti yang pantas lagi andal sememangnya menjamin pengalaman mudah alih yang mengagumkan – baik untuk menikmati permainan terkini mahupun menggubah kandungan, kepada melengkapkan kerja dan mencapai matlamat kesihatan.

Selain paparan yang luas lagi lancar berserta dengan bateri berkemampuan berbilang hari, Galaxy A14 turut menawarkan saiz storan yang boleh dikembangkan sehingga ke 1TB; untuk memaksimumkan ruang simpanan foto, video dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi dengan antaramuka One UI 5.1 terkini yang mampu menerima peningkatan OS Android sehingga dua generasi dan juga kemaskini keselamatan sehingga empat tahun. Lebih-lebih lagi, Galaxy A14 juga dikhaskan untuk memenuhi matlamat kemampanan harian anda; berkat bahan binaan mesra alam dalam reka bentuk yang anggun lagi langsing.

Nikmati jaminan lanjutan Samsung Care+ untuk 1 tahun secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy A14 bermula 15 Mac hingga 31 Disember 2023.

Dapatkan lebih banyak manfaat daripada Galaxy A14 dengan ciri yang menakjubkan ini:
• Reka bentuk khusus Galaxy dengan penampilan badan dan reka garis anggun, perumah kamera rata dan tekstur lentikular pada kulit belakang.
• Pengalaman paparan hebat dengan Resolusi HD+ Penuh pada skrin bersaiz 6.6” .
• Rakam swafoto yang lebih baik dengan kamera hadapan 13MP yang mempunyai resolusi 1.6 kali lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
• Hasilkan karya gambar teragung dengan perincian yang luar biasa menggunakan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP.
• Bateri berkemampuan berbilang hari bersaiz 5,000mAH dan keupayaan pengurusan kuasa adaptif yang terolah berdasarkan corak penggunaan.
• Selaras dengan komitmen Samsung Galaxy for the Planet, plastik kitar semula digunakan untuk komponen peranti manakala aksesori diperbuat dengan TPU berasaskan bio, berserta dengan pembungkusan minimalis menggunakan kertas kitar semula.
• Storan yang besar dan boleh dikembangkan membolehkan anda menyimpan lebih banyak foto, video dan dokumen, dengan storan tambahan sehingga 1TB menggunakan kad mikroSD .
• Gunakan ciri RAM Plus untuk melancarkan lebih banyak apl dengan lebih pantas dan mengurus memori peranti dengan lebih cekap.
• Ciri pengoptimuman privasi baharu yang disertakan dengan pemantauan keselamatan dengan petunjuk warna dan pengurusan keselamatan yang mudah dengan cadangan tetapan peranti.
• Antaramuka One UI 5.1 terkini yang mampu menerima peningkatan OS Android sehingga dua generasi dan juga kemaskini keselamatan sehingga empat tahun

Galaxy A14 tersedia untuk pembelian di mana-mana Samsung Experience Store, Peruncit Rasmi Samsung dan Kedai Dalam Talian Samsung mulai 15 Mac 2023! Dapatkannya sekarang juga: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a14-silver-128gb-sm-a145fzswxme/

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post

More Stories