Search
Close this search box.

Rendahkan Kolesterol Dalam Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS & Menangi Hadiah Lumayan!

Perhatian rakyat Malaysia! Anda mungkin mempunyai kolesterol tinggi dan tidak menyedarinya! Bertindaklah sekarang untuk menjaga kesihatan jantung anda dengan Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS.

Tahun ini, NESTLÉ OMEGA PLUS akan bekerjasama dengan BookDoc sebagai kesinambungan misinya untuk mendidik dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka.

Bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ini, anda hanya perlu membeli produk NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sekurang-kurangnya RM20 untuk kelayakan menyertai cabaran ini. Kemudian, para peserta akan mendapat satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma, dan mereka yang didapati mempunyai kolesterol low-density lipoprotein (LDL) yang tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan NESTLÉ OMEGA PLUS. Sebagai sebahagian daripada cabaran itu, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol yang lebih sihat.

Penyertaan mudah sahaja! Dalam tempoh 30 hari ini, anda hanya perlu mengambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari untuk membekalkan jantung anda dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikkan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol**. Paras kolesterol yang rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan anda merekodkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS anda dalam Aplikasi BookDoc dengan memuat naik foto setiap kali. Peserta yang berjaya mengurangkan paras LDL mereka dalam tempoh cabaran akan layak memenangi hadiah lumayan, termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500.

Ramai rakyat Malaysia tidak cakna akan bahaya kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. Pada masa ini, empat daripada sepuluh rakyat Malaysia dewasa mempunyai kolesterol tinggi dan hampir separuh daripada mereka berumur bawah 40 tahun. Lebih membimbangkan lagi, hanya satu daripada empat yang menyedari status kolesterol tinggi mereka.

Sebagai penyokong teguh kesihatan jantung di Malaysia selama lebih 20 tahun, NESTLÉ OMEGA PLUS percaya perjalanan ke arah kesihatan jantung yang lebih baik bermula dengan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi. Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS merupakan antara inisiatifnya untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk diet seimbang serta senaman tetap, disertai dengan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari.

Mulakan perjalanan anda ke jantung lebih sihat hari ini juga! Untuk maklumat lanjut dan menyertai Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS, layari https://www.dearnestle.com.my/cabaran-30-hari-nop

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories