Netflix Malaysia hari ini mengumumkan akan mengenakan caj tambahan sebanyak RM13/bulan kepada pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah. Menerusi kenyataan tersebut Netflix memaklumkan akan mula menghantar peringatan kepada pengguna yang berkongsi akaun mereka dengan orang lain yang tidak tinggal serumah.
Menurut Netflix, akaun Netflix hanya boleh digunakan oleh pengguna di dalam rumah yang sama di mana sahaja anda berada. Namun jika pengguna mahu berkongsi akaun dengan pengguna yang tidak tinggal bersama, Netflix menasihatkan untuk memindahkan profil mereka kepada keahlian baru supaya pengguna tersebut membayar sendiri akaun mereka sebanyak RM13/bulan.
Netflix akan menghantar email kepada semua pengguna bermula hari ini bagi memaklumkan polisi terbaru ini.
.
Baca kenyataan penuh Netflix di sini