Search
Close this search box.

Pencarum KWSP Boleh Buat Pinjaman Bank Mulai 7 April

Pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun, perlu mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akuan 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini.

Pencarum KWSP yang berhasrat membuat pinjaman itu, boleh melayari sesawang, https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April, bagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon. Namun, pemohon disaran membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP.

KWSP dalam kenyataannya hari ini, memperincikan mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.

Sepanjang Fasa 1 pelaksanaan skim yang akan bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Sementara itu, tarikh untuk Fasa 2 membabitkan ahli KWSP di bawah umur 40 tahun, akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dua bank tempatan menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) di antara 4% hingga 5%, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories