Search
Close this search box.

Peminat Teruja Sahabat MILO® Park Seo-Jun Datang Malaysia

Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila MILO® merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun. Acara istimewa yang diadakan di Sunway Pyramid itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian MILO® dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.

Varian stik pek MILO® merupakan rangkaian produk MILO® berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa MILO® hebat. Varian tersebut termasuk MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.

Sebagai Sahabat MILO® yang menjiwai tenaga MILO®, Park Seo-Jun menyertai barisan ikon-ikon tanah air yang pernah bergabung tenaga dengan MILO® sebelum ini untuk menyuntik nafas baharu kepada varian stik pek MILO®. Sejak mengenali MILO®, Park Seo-Jun telah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian stik pek MILO® pilihan bertenaganya untuk kekal aktif.

Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, MILO® ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO® kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.

Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO® Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO® terbesar di dunia. Sesiapa sahaja yang menggemari MILO® merupakan sahabat MILO®.

Persembahan bertenaga lagu MILO® baharu “Kitalah Juara” oleh Sahabat MILO® yang lain telah menyuntik tenaga serta memeriahkan ketibaan Sahabat MILO® Park Seo-Jun. Ribuan penyokong MILO® yang hadir mengambil peluang keemasan itu untuk menyaksikan Sahabat MILO® kegemaran mereka beraksi, di samping menunjukkan kepadanya sokongan padu rakyat Malaysia terhadap MILO®. Teruja ketika Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO®, para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik, ‘Jom Minum MILO®’.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories