Search
Close this search box.

Oldtown White Coffee Perkenal Menu Rahmah, Nasi Lemak + Air Limau RM4.50

Rangkaian restoran kopitiam halal terbesar di Asia, OLDTOWN White Coffee melancarkan Menu Rahmah dengan pelbagai pilihan makanan bermula daripada RM4.50.

Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada untuk makan di restoran atau pesan melalui platform penghantaran makanan yang terpilih.

Pembelian boleh dibuat bermula 8 pagi sehingga tamat waktu operasi, setiap hari di 168 cawangan OLDTOWN White Coffee seluruh Malaysia (kecuali cawangan di lapangan terbang dan kawasan pelancongan).

Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Dawn Liew, berkata pelancaran Menu Rahmah adalah satu inisiatif penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada restoran OLDTOWN sejak penubuhan pada 2005.

Kami menyambut baik usaha kerajaan dengan menyertai Menu Rahmah yang telah mula dilancarkan sejak 31 Januari 2023 oleh KPDN dan berharap agar inisiatif ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.

Penyertaan pihak OLDTOWN dalam menawarkan Menu Rahmah dilihat sebagai peluang untuk mendekati semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan berpendapatan tinggi atau rendah.

Tiga Pilihan Menu Rahmah:
  1. Nasi Lemak Rahmah + Air Limau
  2. Nasi Lemak Rahmah dengan Sosej + Air Limau
  3. Nasi Lemak Rahmah dengan Daging Cincang + Air Limau

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories