Search
Close this search box.

Nuuna Bihun Goreng Segera Pertama Di Malaysia Kini Di Pasaran

Syarikat pengeluar pelbagai jenama beras antaranya Jati, Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) tampil dengan produk terbaharu iaitu bihun goreng segera pertama di Malaysia.

Menurut Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi, Chua Keng Jin, produk yang diberi nama Nuuna bihun goreng segera itu diilhamkan daripada perkataan Korea ‘Noona’ yang merujuk kepada panggilan kakak oleh adik lelaki.

Katanya, ia melambangkan keakraban dan mencerminkan nilai kekeluargaan serta kebersamaan dalam menikmati produk keluaran baharu itu sesuai dengan slogan iaitu Nikmati Keceriaan Bersama.

Visi utama kami adalah untuk memberikan hidangan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkualiti. Proses penyediaannya amat mudah hanya empat minit sahaja untuk disiapkan. Ia sesuai untuk para ibu yang sibuk mengejar masa tetapi tetap mahu memberikan makanan berkualiti kepada seisi keluarga. Ia turut menjadi pilihan mereka yang gemar melancong ke luar negara tetapi tidak boleh meninggalkan selera masakan Malaysia

Tambah beliau, pihaknya memperkenalkan dua perisa yang telah disesuaikan dengan selera masyarakat Malaysia berbilang kaum di negara ini iaitu perisa asli dan pedas.

Sumber: Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories