Search
Close this search box.

Ninja Mart Perkasa Jenama FMCG Dengan Jangkauan Luar Bandar Yang Luas Di Seluruh Malaysia

Ninja Van Malaysia, syarikat logistik ekspres berdaya teknologi, baru-baru ini memperkenalkan Ninja Mart, sebuah platform pengedaran yang menghubungkan pelbagai jenama dan produk ke kedai-kedai di luar bandar serta ke penjual runcit bebas di Malaysia. Dengan lebih 38,000 kedai rakan kongsi dan 11 hab pemenuhan di seluruh negara, model pengedaran inovatif ini komited untuk menyediakan solusi yang serba mudah kepada rakan kongsi di seluruh negara bagi membolehkan jenama mereka mencapai pasaran luar bandar yang belum diterokai.

Ellery Aruldoss, Ketua Ninja Mart Malaysia dan Vietnam berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki rangkaian saluran runcit yang pelbagai. Meskipun kawasan bandar telah berkembang maju, usaha memperluaskan rangkaian tersebut ke kawasan luar bandar masih merupakan satu aspek penting dalam ekonomi Malaysia.

Kedai-kedai perdagangan tradisional ini telah lama berkhidmat kepada masyarakat dari generasi ke generasi, menyediakan barangan asas harian. Namun, variasi keperluan harian masih lagi terhad dan mereka masih menghadapi masalah memperoleh sesetengah bekalan asas. Hal ini adalah kerana lokasi penduduk luar bandar terletak di kawasan terpencil yang menjadikan pengangkutan dan urusan logistik lebih mencabar serta memakan kos tinggi. Untuk memastikan ekonomi luar bandar yang kukuh, para pedagang tradisional perlu memiliki akses yang setara kepada pelbagai produk terkini. Pada masa yang sama, jenama-jenama juga boleh mengembangkan rangkaian produk mereka ke jangkauan yang lebih luas.

Ninja Mart memainkan peranan sebagai platform sehenti yang membolehkan jenama-jenama menyalurkan produk-produk mereka ke pengguna di luar bandar melalui rangkaian peruncit kecil yang luas. Dengan memanfaatkan penyelesaian logistik berdaya teknologi Ninja Van, Ninja Mart membolehkan jenama untuk menerokai pasaran luar bandar dengan berkesan. Jenama boleh memanfaatkan rangkaian yang terjalin melalui platform ini dengan pemilik kedai luar bandar untuk memastikan produk mereka dipasarkan kepada pelanggan yang betul.

Ninja Mart memberi peluang untuk perniagaan mengembangkan jangkauan dan pengedaran mereka ke pasaran yang belum diterokai. Dengan berbuat demikian, kami menambah nilai hebat kepada cara jenama-jenama boleh menembusi pasaran di negara yang mempunyai jaringan pengguna yang memberangsangkan di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Di Malaysia, Ninja Mart telah bekerjasama dengan Julie’s Biscuits untuk meluaskan pendedahan jenama mereka ke kawasan luar bandar. Walaupun Julie’s Biscuits ialah jenama terkenal yang mempunyai sejarah lebih 38 tahun dan pasukan pemasaran professional, sektor hotel, restoran dan kafe (HORECA) merupakan pasaran baharu yang ingin mereka terokai. Sejak bekerjasama dengan Ninja Mart, Julie’s Biscuits telah berjaya meluaskan cawangannya di lokasi-lokasi baharu dan Ninja Mart kini membantu jenama tersebut untuk mengembangkan perniagaan ke sektor HORECA. Selain meluaskan jangkauan Julie’s Biscuits di kawasan Pantai Timur, Ninja Mart juga mempunyai jalinan rangkaian luas dengan cawangan HORECA yang boleh dimanfaatkan untuk membantu jenama itu menjangkau lebih ramai pelanggan berpotensi di Malaysia. Perkongsian antara Julie’s Biscuits dan Ninja Mart ini menghasilkan pelbagai keuntungan buat kedua-dua pihak, termasuk peningkatan jualan, mencapai kesetiaan pelanggan yang lebih baik dan meningkatkan reputasi jenama.

Dengan lebih 200 ahli pemasaran professional, Ninja Mart menawarkan penyelesaian ideal untuk jenama FMCG yang terdiri daripada pasukan jualan yang terlatih, integrasi teknologi dan peluang untuk perniagaan meluaskan pasaran produk ke kawasan luar bandar. Dengan sokongan jualan di lokasi yang kukuh, Ninja Mart menyediakan lawatan kedai mingguan merentasi 10 pasaran bandar dan luar bandar di Malaysia. Tambahan pula, pasukan ini juga dapat mengenal pasti keperluan, minat dan pilihan peruncit apabila kerap mengunjungi kedai. Melalui data ini, Ninja Mart dapat membantu jenama dan peruncit mencipta mesej yang disasarkan dan mengesyorkan inventori yang lebih baik untuk memastikan perniagaan mereka kekal berdaya saing.

Ninja Mart membekalkan pengusaha kedai dengan laporan prestasi jualan terperinci, ramalan inventori bulanan, audit kedai serta maklumat-maklumat banci terkini. Selain itu, Ninja Mart juga mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk membantu jenama FMCG mengatasi cabaran mereka dalam menjangkau pasaran yang sukar dicapai. Dengan memanfaatkan keupayaan logistik Ninja Van Malaysia, Ninja Mart menyediakan liputan yang menyeluruh dengan lebih 95% perjanjian tahap perkhidmatan bagi tempoh penghantaran 48 jam. Dengan penghantaran berkesan dan rak berstok penuh, jenama dan peruncit boleh mencapai kesetiaan pelanggan yang akan membawa perniagaan mereka ke peringkat yang seterusnya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories