Netflix Turunkan Harga Langganan Pelan Asas, Cuma RM28 Sebulan

Netflix kini menawarkan harga lebih rendah untuk Pelan Asas kepada RM28 sebulan berbanding RM35 sebulan sebelum ini.

Penyedia perkhidmatan langganan video secara ‘over-the-top’ itu berkata, ahli baharu yang melanggan akan menikmati harga baharu bagi Pelan Asas itu berkuat kuasa serta-merta, mulai hari ini.

Kemaskini juga akan dibuat kepada pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil berikutnya.

Ketika kemunculan sulungnya di negara ini pada 2016, Netflix menawarkan harga RM33 bagi Pelan Asas, menjadikan tawaran terbaharu ini adalah harga terendah pernah ditawarkan.

Pengumuman harga baharu itu juga adalah satu lagi kemas kini utama yang dilaksanakan Netflix terhadap Pelan Asas untuk pelanggan di negara ini.

Pakej langganan Netflix tersedia kepada empat pelan iaitu Mudah Alih (RM17/bulan), Asas (RM28/bulan), Standard (45/bulan) dan Premium (RM55/bulan).

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post

More Stories