Search
Close this search box.

Minecraft Mall Discovery Bakal Meriahkan Pusat Beli-Belah Sunway Seluruh Negara Bermula Jun

Jun ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) mempelawa anda untuk menikmati pembelajaran yang serba imersif, di acara Minecraft Mall Discovery! Minecraft Education adalah berdasarkan permainan video yang terlaris di dunia, Minecraft, dan melalui Sunway Malls, kami ingin mempelawa anda untuk meneroka sambil belajar menerusi permainan video tersebut dengan aneka bengkel, sudut gambar, aktiviti, taman permainan, diorama serta peluang untuk mencipta dan membawa pulang cenderahati Minecraft anda sendiri.

Minecraft Mall Discovery akan tiba di pusat-pusat beli-belah Sunway di seluruh negara. Pengembaraan ini bermula pada tanggal 16 Jun di Sunway Pyramid, lalu disusuli dengan pusat-pusat beli-belah lain yang terlibat berdasarkan jadual berikut:

Minecraft Mall Discovery di Sunway Malls akan menyajikan sebuah pengalaman pembelajaran berasaskan permainan yang menghiburkan buat seisi keluarga. Dengan pelancarannya di Sunway Pyramid, dataran Blue Concourse pusat beli-belah ini akan digubah untuk memuatkan pengembaraan Minecraft Education yang serba imersif, dari titik permulaan hingga akhir di mana keseronokan menanti di setiap sudut.

Sebagai permulaan bagi pengembaraan tersebut, pembeli-belah akan disambut oleh watak-watak Minecraft bersaiz besar. Kemudian, pembeli-belah dapat melangkah masuk ke alam Minecraft di mana mereka dapat menyaksikan sendiri ruang-ruang yang digubah khas bagi mencerminkan pelbagai kawasan yang terdapat di dalam Minecraft seperti Forest Garden, Nether dan Lava di samping kawasan lombong dan bawah tanah.

Pembeli-belah juga boleh menebus hadiah misteri di kaunter penebusan setelah melengkapkan pengembaraan eksperiensial mereka – dengan melalui setiap stesen yang diserikan dengan item-item daripada para penaja seperti Mattel, LEGO dan Nerf untuk menyuntik nafas kepada aktiviti-aktiviti ini. Pembeli-belah hanya perlu melengkapkan empat aktiviti di stesen-stesen yang ditetapkan untuk memperoleh cap pada pas kembara mereka, lalu mereka akan menerima nukilan mesej tahniah setelah ia dilengkapkan.

Cipta alat Minecraft anda di Crafting Station, dan cungkil kreativiti anda menggunakan bata LEGO dengan membina watak Minecraft di LEGO Stick & Build. Uji bidikan anda di Nerf Weapon Range dan bergambar dengan lagak yang paling menarik bersama watak-watak Minecraft bersaiz besar oleh Mattel untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

Microsoft Global Training Partners (GTP) dan Microsoft Innovative Educator Experts (MIEE) akan mengajar kursus Minecraft Education di Minecraft Education Corner. Ia meliputi Hour of Code, di mana pelajar dapat meneroka konsep pengekodan dan cabaran menyelesaikan teka-teki, di samping aktiviti-aktiviti lain yang akan meliputi pelbagai subjek seperti sains, matematik, sains komputer, serta seni & reka bentuk. Setelah kursus pembelajaran tersebut dijalani, para peserta akan dianugerahkan e-sijil.

Menerusi kolaborasi yang istimewa ini dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, para pelajar dari sekolah-sekolah terpilih juga akan menghadiri kelas ini di Education Corner untuk memberikan mereka peluang menimba ilmu yang melangkaui bilik darjah. Bukan itu sahaja, KPM dan Sunway Malls akan mengadakan Minecraft Education Challenge 2023 buat pelajar-pelajar sekolah dengan tema, “Sustainable Shopping Mall of the Future”. Mereka perlu menggunakan imaginasi mereka dan membangunkan sesuatu di Minecraft berdasarkan tema ini, lalu merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang berupa wang tunai, trofi serta sijil penyertaan atas usaha mereka.

Di samping kelas-kelas pendidikan dan bengkel, setiap pusat beli-belah Sunway juga akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik di Alex’s Workshop seperti bengkel manik ‘perler’ bertema Minecraft dan seni kotak origami Minecraft. Untuk mengambil bahagian, peserta perlu membuat prapendaftaran untuk mendapatkan tempat mereka – jadi, ikuti platform-platform media sosial pusat beli-belah Sunway pilihan anda untuk maklumat lanjut! Kanak-kanak juga boleh meluangkan masa mereka di Minecraft Legends Playground. Sunway Super App pula akan mengadakan Box Art Workshop, eksklusif untuk pengguna Sunway Super App sahaja.

Pembeli-belah yang berbelanja di pusat-pusat beli-belah ini akan berpeluang untuk menebus barangan Minecraft edisi terhad dengan aras istimewa bagi pemegang kad UOB.

Pembeli-belah yang ingin membawa pulang barangan bertema Minecraft boleh mengunjungi www.sunwayemall.com dan pelbagai acara yang diadakan di seluruh pusat-pusat beli-belah Sunway. Anda boleh membuat pratempahan atau membeli barangan tersebut di laman sesawang berkenaan, yang akan dihantar ke alamat anda dengan penghantaran percuma, atau beli dalam talian lalu anda boleh datang mengambilnya sendiri dari kedai berkenaan pada waktu yang anda mahukan. Sunway eMall juga menghadiahkan baucar bagi pembelian yang dibuat di laman sesawang tersebut, yang hanya terhad untuk pembeli-pembeli yang terawal, jadi jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin mengambil bahagian, kunjungi pusat beli-belah Sunway berhampiran anda berdasarkan tempoh kempen yang dinyatakan! Banyak lagi yang menanti anda serta seisi keluarga, dan hari anda pasti akan diisi dengan ilmu serta keseronokan di Sunway Malls. Sebuah video khas yang menggambarkan Sunway Malls dalam bentuk blok-blok Minecraft boleh ditonton di sini. Kunjungi laman sesawang rasmi Sunway Malls di minecrafteducation.sunwaymalls.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti acara ini yang dijadualkan di setiap pusat beli-belah, serta platform media sosial milik setiap pusat beli-belah Sunway.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories