Search
Close this search box.

Menu Rahmah RM5 Kini Tersedia Di Sembilan R&R Lebuhraya PLUS

PLUS Malaysia hari ini mengumumkan senarai Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya PLUS yang menyediakan Menu Rahmah.

PLUS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan menu tersebut ditawarkan pada harga RM5 bermula 12 tengah hari hingga 2 petang untuk set makan tengah hari. Manakala, set makan malam bermula 7 hingga 9 malam di gerai-gerai terpilih sahaja.

Fasa pertama pelancaran Menu Rahmah ini merangkumi 9 hentian:

1. R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
2. R&R Rawang (Arah Utara)
3. R&R Seremban (Arah Utara)
4. Restoran Jejantas Sg Buloh (Arah Utara & Selatan)
5. R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
6. R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
7. Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
8. Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
9. Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories