Search
Close this search box.

Marigold HL Lantik Ernie Zakri Sebagai Duta Bagi Kempen ‘SuperMilk™’

Susu MARIGOLD HL mengumumkan usaha samanya dengan penyanyi tanah air, Ernie Zakri dalam memupuk rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian mereka. Ernie Zakri akan bersama-sama menjayakan sebuah kempen pendidikan ‘SuperMilk™’ bagi menonjolkan kelebihan susu sebagai sumber diet yang seimbang lagi berkhasiat untuk kesihatan yang menyeluruh.

Menyedari keperluan untuk menangani isu ini, kempen MARIGOLD HL SuperMilk™ yang menampilkan Ernie Zakri sebagai duta jenama diharap dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana dengan semudah pengambilan Susu MARIGOLD HL setiap hari, mereka dapat meningkatkan tahap nutrien serta mencegah pelbagai masalah kesihatan. Sarat dengan 38% lebih banyak kalsium dan 31% lebih banyak protein berbanding susu biasa, Susu MARIGOLD HL juga merupakan sumber yang amat baik untuk 9 jenis vitamin yang penting, iaitu vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E serta asid folik. Susu berkhasiat ini juga rendah laktosa dan lemak, menawarkan pengguna pilihan susu yang lebih sesuai lagi sihat.

Berkongsi keterujaan atas usaha sama antara Susu MARIGOLD HL dan Ernie Zakri, Yap JayQueen, Ketua Pemasaran untuk Cotra Enterprises, iaitu divisyen pemasaran di bawah Malaysia Milk turut menyatakan, “Jenama kami telah lama membina reputasi atas kualitinya dan diyakini oleh para keluarga di seluruh Malaysia. Kami percaya Ernie mempunyai nilai-nilai yang tepat bagi membantu mempromosikan kempen SuperMilk™ ini dan memberi inspirasi untuk lebihramai rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka secara positif.”

“Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk menjadi duta jenama Susu MARIGOLD HL. Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, saya memahami betapa pentingnya sumber tenaga dan pemakanan yang sihat untuk diri saya dan juga keluarga. Susu MARIGOLD HL memberikan saya sumber tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, dan saya dapat berlapang dada kerana keluarga saya juga memiliki akses ke atas khasiat-khasiat nutrien penting yang mereka perlukan di rumah. Saya berasa amat bertuah atas peluang untuk mewakili sebuah jenama yang mementingkan kesejahteraan para keluarga, sama seperti keluarga saya,” ujar Ernie Zakri, duta jenama Susu MARIGOLD HL.

Sebagai usaha sama dengan Susu MARIGOLD HL, Ernie Zakri akan membuat penampilan eksklusif semasa acara roadshow yang akan memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan beliau serta mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Susu MARIGOLD HL. Butiran roadshow tersebut adalah seperti berikut:

● Mydin USJ: 2 petang – 4 petang, 18 Jun (Ahad)
● Mydin Bertam, Pulau Pinang: 2 petang – 4 petang, 25 Jun (Ahad)
● Mydin Mutiara Rini, Johor: 2 petang – 4 petang, 8 Julai (Sabtu)
● Mydin Gong Badak, Terengganu: 2 petang – 4 petang, 15 Julai (Sabtu)

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif MARIGOLD dan aktiviti akan datang, sila layari laman sesawang MARIGOLD di https://www.marigold.com.my/whats-new/.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories