Search
Close this search box.

Manjakan Diri Di Rumah Dengan Mesin Urut Terbaharu Coway

Coway, The Best Life Solution Company, telah melancarkan kerusi urut pertamanya untuk membantu pelanggan merehatkan badan sambil melapangkan fikiran dan sekaligus menghilangkan tekanan. Kerusi urut serba maju ini direka bentuk untuk membantu pengguna melegakan ketegangan otot dan bersiap sedia untuk tidur nyenyak dan bangun pagi dengan rasa segar dari hujung kepala ke hujung kaki.

Tiada apa yang lebih baik daripada peluang untuk berehat dan memanjakan diri selepas sibuk bekerja sehari suntuk, lebih-lebih lagi selepas penat mengharungi kesesakan jalan raya. Peluang untuk bersantai dan merehatkan otot-otot yang lenguh membayangkan keselesaan yang tidak terhingga.

Sebagai pemimpin terkemuka dalam sektor kesejahteraan rumah dan sebagai syarikat yang mendukung misi untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat, Coway telah melancarkan Coway Massage Chair serba baharu yang sesuai dengan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan sedia adanya, serta direka cipta untuk menambah baik kualiti kehidupan. Kerusi urut ini merupakan satu lagi inovasi oleh Coway yang menunjukkan bahawa istirahat dan menghilangkan stres bukan satu kemewahan tetapi sebahagian daripada usaha kita merehatkan dan menenangkan badan secara keseluruhan.

Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia berkata dengan kerusi urut pertama seperti ini, orang ramai boleh pulang ke rumah untuk dimanjakan dari hujung kepala ke hujung kaki dalam keselesaan dan kelapangan rumah sendiri.

Kerusi ini memudahkan kita untuk menyertakan sesi urutan badan ke dalam jadual seharian yang sibuk untuk membantu kita melegakan rasa sakit badan, menjadikan kita lebih relaks dan cergas untuk menjalankan tugasan harian kita. Kami berharap kerusi urut ini akan membolehkan pelanggan dapat menikmati gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga dengan kerusi urut ini

Menyediakan ruang penggelek dan beg udara lebih luas dari bahagian leher hingga ke kaki, kerusi urut ini boleh menyegarkan pengguna dari hujung kepala hingga hujung kaki, dan bukan sehaja setakat di bahagian bawah belakang. Untuk mengurut sehingga ke kaki, kerusi ini telah direka bentuk secara ergonomik untuk memuatkan trek atau landasan sepanjang 130sm untuk meliputi zon urut dari leher ke bawah dan merupakan antara trek urutan paling panjang di pasaran.

Selain daripada ciri unik ini, kerusi urut ini juga pasti menenangkan fikiran pengguna, dengan ciri urutan senyap terkini. Tiada lagi bunyi dan decitan yang kuat dan mengganggu semasa diurut. Sebaliknya, anda diselubungi kesenyapan yang menenangkan dengan reka bentuk peredam bunyi Coway yang mencapai had hanya 46.5 desibel. Mainkan lagu-lagu kegemaran anda dan nikmati detik-detik menenangkan dengan Coway Massage Chair.

Sejajar dengan penekanan Coway terhadap kesihatan dan kebersihan, kerusi urut ini juga dilengkapi Servis Penjagaan Kerusi Urut 7- Langkah Coway, termasuk pertukaran dan penggilapan alas kulit kerusi, serta pembersihan dan pensterilan. Perkhidmatan percuma ini dikendalikan setiap empat bulan sekali selama tujuh tahun. Dengan perkhidmatan ini, fikiran selain badan pengguna juga tenang kerana mengetahui kerusi urut mereka sentiasa dijaga rapi dan bersih, dengan khidmat penjagaan terbaik.

Apabila digabungkan dengan pelan pembayaran mudah Coway, kini semua orang boleh menikmati sesi urut setiap hari untuk menghindari segala tekanan hidup. Untuk merehatkan dan mencergaskan badan dengan urutan yang selesa dan menenangkan setiap hari, layari www.coway.com.my sekarang untuk maklumat lanjut tentang Coway Massage Chair.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories