Search
Close this search box.

Mangsa Amukan Lelaki Mental Syukur Pelajar Tahfiz Bantu

Mangsa amukan lelaki mental, Wan Fadhilah Wan Abdullah, berterima kasih kepada sekumpulan pelajar tahfiz kerana telah menyelamatkan nyawanya.

“Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu.”

Menurut Fadhilah, dia tidak sangka diserang lelaki tersebut yang pada mulanya kelihatan seperti sedang berlatih silat di sekitar masjid.

“Ketika saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman, namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang.”

Dalam kejadian yang berlaku di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, semalam, lelaki berusia 20-an yang mengalami masalah mental maut selepas disyaki dipukul.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda yang mengalami masalah mental dipercayai akibat dipukul itu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories