Search
Close this search box.

Kontroversi Ujian Keselamatan, Perodua Tak Panggil Semula Model Baharu Axia

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu Co Ltd membuat pendedahan mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ ujian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata Daihatsu telah mengeluarkan kenyataan media pada 28 April lalu berhubung ‘ketidakaturan prosedur’ ujian membabitkan empat model termasuklah Perodua Axia Baharu.

Katanya, Daihatsu telah dilantik dan dipertanggungjawab oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia Baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.

“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.

Tambah beliau, PERODUA memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada pelanggan mereka berhubung perkara ini dan memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional.

“Kami akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai.

“PERODUA sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan kami dalam menjangkaui setiap jangkaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories