Search
Close this search box.

KL East Park Mula Dibuka, Boleh ‘Hiking’ Tengok Bandar KL

Sime Darby Property Bhd secara rasmi membuka taman ekologi seluas 53 ekar, KL East Park yang mengandungi hutan hujan sekunder yang tumbuh secara semulajadi dan spesies unik serta formasi geologi yang amat cantik.

KL East Park yang dibangunkan pemaju hartanah itu menawarkan pengunjung peluang untuk meneroka tarikan semulajadi, memandangkan sambungannya ke Bukit Tabur serta Permatang Kuarza Klang Gates yang terkenal sebagai pembentukan kuarza yang terpanjang di dunia.

Bagi fasa pertama, pengunjung akan mempunyai akses ke taman seluas 17 ekar dan boleh mendaki laluan sejauh dua kilometer ke lokasi tumpuan yang menawarkan pemandangan menakjubkan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Sime Darby Property, Datuk Ir Mohd Idris Abdullah, berkata KL East Park adalah sebahagian daripada komitmen syarikat bagi melindungi biodiversiti di samping menggalakkan keterangkuman dan pembinaan semula ruang untuk masa depan yang lestari termasuk usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam sumbangannya kepada komuniti.

Syarikat itu menanam lebih daripada 300 spesies pokok, herba, pokok renek dan sawit, semuanya terkenal dengan nilai ekologi serta ekonomi di taman itu termasuk ditandai secara geografi untuk memudahkan pemuliharaan dan rujukan.

KL East Park adalah lanjutan daripada tawaran Sime Darby Property kepada pemilik hartanahnya di The Ridge, The Veo termasuk pembeli hartanah masa depan di KL East.

Sumber: Bernama

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories