Menerusi kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Sidang Dewan Rakyat hari ini; Prasarana Malaysia akan memulakan sistem pembayaran terbuka kepada semua pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorail.
Sistem pembayaran secara kad kredit atau debit akan mula dilaksanakan pada Mac 2024 dan dijangka akan mengambil sekitar 11 bulan untuk memasang gantri dengan sokongan pembayaran terbuka di 50% stesen dan selesai pada semua stesen menjelang Ogos 2025 kelak.
Dalam pada itu, mulai pertengahan November 2023, pengguna boleh menggunakan pembayaran terbuka iaitu secara kad kredit atau debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui aplikasi mobile KTMB (KITS) di kesemua 57 stesen KTMB di sekitar Lembah Klang.
Sumber Awani