Kedai kegemaran ramai yang menjual barangan isi rumah harian dengan harga berpatutan, Eco-Shop Malaysia, akan mengekalkan harga jualan dalam beberapa tahun akan datang.
kata Ketua Pegawai Operasinya, Jessica Ng berkata Eco-Shop Malaysia turut akan menambah bilangan produk dan meningkatkan jumlah barangan makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, harga RM2.40 setiap barangan juga akan kekal untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.
Eco-Shop Malaysia menerusi lebih 240 kedai di seluruh negara, menyasar untuk menggandakan asas keahlian aplikasi mudah alih susulan pelancaran kempen terbaharu sempena ulang tahunnya yang ke-20.
Eco-Shop menawarkan lebih daripada 10,000 barangan produk, terdiri daripada keperluan isi rumah kepada mainan dan makanan kucing.