Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya pada Rabu membuat keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus. Kadar siling dan lantai koridor OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Susulan kenyataan tersebut, beberapa buah bank yang beroperasi di Malaysia telah menetapkan tarikh terkini menaikkan kadar asas masing-masing.
Maybank: 8 Mei
Hong Leong Bank: 9 Mei
CIMB: 9 Mei
Affin Bank: 9 Mei
Public Bank: 8 Mei
Bank Islam: 5 Mei