Search
Close this search box.

“Imaginur” Filem Lokal Terbaik Pernah Dihasilkan.

Gandingan mantap Beto Kusyairy dan Diana Danielle berjaya menjadikan Filem Imaginur antara filem lokal terbaik pernah dihasilkan.

Imaginur mengisahkan tentang seorang lelaki, iaitu Beto yang mengalami masalah tersangkut dalam satu fasa/masa yang membuatkan beliau pergi ke pusat hipnosis untuk merawat penyakitnya.

Hasil naskhah Nik Amir Mustapha mendapat reaksi positif di laman sosial Twitter. Malah ada juga penonton yang menitiskan air mata memandangkan apa yang dipaparkan begitu dekat dengan hati mereka. Imaginur juga mendapat rating tingi di IMDb iaitu 8.6/10.

Selain Beto dan Diana Danielle, barisan pelakon seperti Datuk Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar dan Mior Hashim Manap juga merupakan pelengkap untuk filem ini. Jangan lupa saksikan filem Imaginur di pawagam berdekatan. #SupportFilemLokal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories