Search
Close this search box.

Hong Leong Lantik Lisa Surihani, Alif Satar Jadi Duta

Hong Leong Bank Bhd (HLB) serta Hong Leong Islamic Bank Bhd melantik selebriti tempatan popular, Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta jenama baharu mereka, bagi mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara pelanggan dan bank.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB, Zalman Zainal, berkata sebagai duta jenama, kedua-duanya akan membantu bank berhubung dengan pelanggan serta komuniti yang lebih luas, selain mempromosikan produk dan perkhidmatannya secara bermakna.

Kami benar-benar percaya bahawa mereka akan merangkumi sepenuh dan mewakili nilai-nilai HLB untuk dibentangkan kepada khalayak yang lebih meluas.

Sementara itu, Lisa Surihani melahirkan kekaguman dengan komitmen HLB untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan perbankan mudah dan lancar melalui platform perbankan digital dan inisiatif inklusiviti.

Manakala, Alif Satar berasa teruja kerana berpeluang mewakili HLB dalam usaha berterusan untuk menjadikan produk serta perkhidmatan kewangannya boleh diakses oleh semua orang, ini amat penting dalam membantu orang ramai mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sumber: Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories