Search
Close this search box.

Farmasi Alpro, Petronas & Geng Plastik Ija Kumpul Lebih 1,025kg Sampah Di Pantai Rantau Laut

Farmasi Alpro, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia dengan kerjasama Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd dan Geng Plastik Ija (GPI) telah berjaya melaksanakan aktiviti pembersihan pantai di Pantai Rantau Laut, Kerteh.

Lebih 1,025 kg sampah telah berjaya dikumpul di sepanjang 1 km kawasan persisir pantai oleh 85 orang sukarelawan yang terlibat. Ini juga menandakan permulaan rakan kongsi antara GPI dan Farmasi Alpro, di mana kedua-dua pihak berkongsi nilai yang sama dalam memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.

Walaupun kebanyakan sampah yang dikumpul merupakan botol-botol plastik yang boleh dihantar untuk dikitar semula, Ph Ryan Ho Zheng Chuan dari Farmasi Alpro Kemaman berkongsi dengan para sukarelawan bahawa tidak semua bahan pencemar alam sekitar dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya, terdapat laporan mengenai ubat perancang yang turut dibuang ke perairan secara tidak bertanggungjawab dan telah menyebabkan pensterilan ikan dalam ekosistem.

Di Malaysia, 99% bekalan air untuk kegunaan domestik yang diperolehi daripada air di permukaan seperti sungai dan anak sungai, di mana penyelidikan Forum Ekonomi Dunia telah melaporkan kandungan farmaseutikal dalam laluan air telah mencapai tahap yang bahaya.

Oleh yang demikian, Alpro Pharmacy telah menyediakan tong pelupusan ubat khusus di semua 200 lebih cawangan Alpro di seluruh negara bagi mengumpulkan ubat yang tidak digunakan ataupun sudah melepasi tarikh luput untuk dilupuskan tanpa mencemarkan alam sekitar.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories