Search
Close this search box.

Dr Noor Hisham Bersara Wajib 21 April Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan akan bersara wajib pada 21 April ini selepas 35 tahun berkhidmat dalam bidang kesihatan.

The Star sebelum ini melaporkan Dr Noor Hisham tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas dia berundur pada 21 April ini pada umur 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

Untuk rekod, bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.

Ia adalah bahagian yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan perubatan saya untuk mengendalikan wabak dan memimpin cabaran sehingga kita (kini) hampir kembali normal.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013. Sebelum itu, Dr Noor Hisham memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (perubatan) Kesihatan sejak 1 Februari 2008.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories