Search
Close this search box.

Cukai Perkhidmatan 8% Untuk Penggunaan Lebih 600 kWj Elektrik Sebulan

Isi rumah domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj elektrik sebulan akan terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024. Sebelum ini, cukai berkenaan hanya enam peratus.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman (F&B), telekomunikasi, ruang parkir kereta dan perkhidmatan logistik yang merangkumi penghantaran barangan.

Sementara itu, lebih 85 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan, kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil,”.

Johan Mahmood berkata, pengguna elektrik komersial dan industri juga tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan, kerana selama ini mereka tidak dikenakan cukai itu.

Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories