Search
Close this search box.

Coolblog Perkenal Siri Baharu Magical Unicool, Minuman Smoothie Berinspirasi Unicorn

Coolblog baru-baru ini telah mengumumkan siri baharu minuman mereka iaitu Magical Unicool. Untuk promosi masa terhad, Coolblog menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool yang bakal menjadi kegemaran ramai.

Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa: Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle. Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi ini diserlahkan lagi dengan tambahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni.

Menurut Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog, siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Dengan adanya Fluffy Cloud Bits sebagai topping untuk siri Magical Unicool, ia akan menyerlahkan lagi elemen fantasi malah menyempurnakan kombinasi perisa dan warna yang unik pada minuman tersebut. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan kualiti yang tinggi dari segi perisa, SOP dan pembungkusan. Kami ingin memastikan setiap pelanggan Coolblog dapat menikmati pengalaman yang terbaik daripada siri minuman ini

Siri Magical Unicool ini terdiri daripada Unicool Magical, kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat; Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral dan Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi. Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories