Ciri Keselamatan AudioProtect Benarkan Pemandu & Penumpang Grab Rakam Audio Semasa Perjalanan

Sempena Hari Wanita Sedunia, Grab Malaysia mengumumkan pelancaran inovasi keselamatan terbaru bagi meningkatkan lagi keselamatan rakan pemandu dan penumpang. Ciri keselamatan i, AudioProtect, membuktikan komitmen Grab untuk mewujudkan pengalaman yang lebih selamat untuk setiap pengguna platform ini pada setiap hari.

Dengan AudioProtect, kedua-dua rakan pemandu dan penumpang diberi pilihan untuk mengaktifkan rakaman audio semasa perjalanan.  Dengan ini, Grab menetapkan piawaian baharu bagi insiden yang boleh dielakkan.  Selain membantu menyediakan ketenangan minda untuk para penumpang dalam perjalanan, ciri ini juga akan membantu mempercepatkan dan menyelesaikan sebarang laporan yang dibuat kepada Grab.

Kedua-dua penumpang dan rakan pemandu boleh mengaktifkan AudioProtect secara mudah dengan menekan Pusat Keselamatan dan kemudian memilih AudioProtect, di mana mereka akan dapat melihat ‘Recording: On’. Semua perjalanan akan mula dirakam  setelah mereka mengaktifkan ciri ini. Untuk menyahaktifkan ciri ini, penumpang dan rakan pemandu boleh hentikan AudioProtect ‘Off’ dalam ‘Safety Centre’ atau menyahaktifkan ciri ini dalam akaun mereka.
Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia berkata, Dengan AudioProtect dan rangkaian ciri keselamatan yang sedia ada, Grab mengambil pendekatan proaktif terhadap keselamatan dan memperkasakan rakan pemandu dengan keyakinan untuk memandu dengan selamat dan berhemah. Pada tahun 2021, lebih daripada 99.99% perjalanan Grab berlaku tanpa sebarang insiden. Grab akan terus mengutamakan keselamatan, sekuriti dan juga mengurangkan kes penipuan.

Grab komited untuk memastikan data komuniti kami sentiasa dilindungi di samping menyediakan inovasi yang memberi impak kepada para pengguna kami di setiap hari. Untuk memastikan AudioProtect telah mengambil langkah-langkah berikut:

  • Rakaman hanya akan digunakan untuk menyelesaikan insiden dan laporan yang dibuat secara rasmi kepada Grab.
  • Rakaman disulitkan (encrypted) secara automatik pada peranti masing-masing, ia tidak boleh diakses oleh semua parti termasuk Grab, melainkan laporan dibuat secara rasmi kepada Grab.
  • Rakaman akan dipadamkan secara automatik selepas 5 hari, sekiranya laporan tidak dibuat.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories