Search
Close this search box.

Bomb Battle, Permainan Video Imersif Dengan Bom Cat Dilancarkan Di Malaysia

Pencipta konsep dan permainan, Mission Group Ltd, teruja mengumumkan pelancaran permainan video alam nyata berkumpulan yang dipanggil Bomb Battle, yang merupakan pertama seumpamanya di Asia. Terdapat lima permainan arked imersif penuh yang menarik dan diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan, menghasilkan suatu pengalaman permainan yang istimewa.

Konsep permainan Bomb Battle dipelopori oleh usahawan Datin Sheehan Tee dan pengasas bersamanya Mr. Tai Lee Chuen, yakin bahawa ia merupakan salah satu ruang hiburan yang paling inovatif dan seronok di negara ini. Portfolio Sheehan yang mengagumkan mencakupi peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Escape Room dan The Rift, taman tema realiti maya dan realiti terimbuh yang pertama dan terbesar di Malaysia, termasuk juga pengasasan MyBestBox, taman hiburan dalam bangunan yang diinspirasikan oleh rancangan Korea popular Running Man dan rancangan aneka ragam Wipeout.

Direka sebagai destinasi hiburan berkumpulan terunggul, permainan berteknologi tinggi ini mencabar kecekapan pemainnya untuk meredakan fius berdetik bom cat sebelum masa 75 minit berakhir. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan letupan berwarna-warni yang menyemburkan cat kepada para pemain dan memberikan lonjakan adrenalina yang tiada tandingannya dalam dunia hiburan tempatan Malaysia.

Untuk meningkatkan keseronokan para pemain ke peringkat yang seterusnya, Bomb Battle telah bekerjasama dengan perintis dan pelopor kamera aksi terunggul di dunia, GoPro sebagai Rakan Rasmi Kamera. Dengan menggunakan kamera GoPro, para pemain mudah merakam detik-detik permainannya yang begitu rancak untuk dibawa pulang dan dikongsi dengan seluruh dunia.

Di atas itu, syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Klook Malaysia yang berperanan sebagai ejen pelancongan rasmi dalam talian untuk memberikan perkhidmatan pembelian tiket yang eksklusif kepada pelanggannya, termasuk juga dalam kerjasama ini adalah Hausboom sebagai Rakan Rasmi Minuman mereka.

Permainan ini bukan sahaja menunaikan hiburan yang begitu seronok, ia juga memastikan keselamatan para pemainnya dengan menyediakan baju bahan berbahaya (hazmat suit) yang melindungi seluruh badan dan peralatan pelindung. Permainan Bomb Battle dilengkapi skrin sentuh canggih syarikat kami, sistem IoT, dan perkakasan laser maze yang memberikan anda pengalaman permainan unik daripada gabungan teknologi dengan hubungan sosial manusia.

Tiket rasmi Bomb Battle boleh dibeli melalui laman sesawangnya atau melalui Klook Malaysia. Warga Malaysia boleh memilih di antara dua misi yang mendebarkan, Bomb Mission atau VIP Mission, harganya bermula dari RM89 seorang.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories