Search
Close this search box.

Barangan Eksklusif Jovian Kini Dijual Di Dalam Penerbangan AirAsia

AirAsia mengumumkan kerjasama dengan ikon gaya dan pereka fesyen popular Dato’ Jovian Mandagie. Para penumpang pesawat AirAsia kini boleh memiliki rekaan Beg Pelbagai Fungsi Jovian x AirAsia dalam rona hijau pudina yang menawarkan beg tahan lasak diperbuat daripada fabrik ringan yang boleh dibasuh serta kalis air, satu botol minyak wangi Jovian x AirAsia Classic 101 EDP dan hijab edisi terhad Jovian x AirAsia yang tersedia dalam tiga warna menarik iaitu ‘White Blue’, ‘Teal Blue’ dan ‘Olive Green’.

Rangkaian produk edisi terhad ini boleh didapati mulai sekarang hingga 30 Jun 2023 di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK). Barangan ini juga boleh didapati di airasia Super App melalui ikon ‘shop’ dengan harga bermula RM28.

Catherine Goh, Pengurus Besar, Operasi Runcit dan Makanan berkata AirAsia akan terus mengembangkan pilihan dari semua segi dan sangat berbesar hati untuk melancarkan kerjasama dengan Dato’ Jovian iaitu ikon gaya dan figura terkemuka di Asean. Jenama Jovian amat popular dan mempunyai peminat di seluruh negara, justeru ia adalah kerjasama yang sesuai untuk ditawarkan di dalam penerbangan kami.

Kami sentiasa berusaha untuk mempamerkan keindahan serta nilai jenama-jenama Asean oleh para usahawan berbakat di samping memanfaatkan rangkaian luas AirAsia serta inisiatif penjenamaan berterusan. Banyak potensi artis di seluruh rantau ini yang belum diterokai dan sebagai sebuah jenama Asean, kami berharap untuk terus memperjuangkan pertumbuhan dan pendedahan mereka melalui platform beli-belah bebas cukai kami.

Sementara itu, Dato’ Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jovian Mandagie berkata impian untuk mempromosikan barangan Jovian di dalam penerbangan AirAsia kini menjadi kenyataan.

Bagi mereka yang melancong pada musim perayaan ini bersama-sama AirAsia, jangan lupa untuk mendapatkan barangan kami untuk orang tersayang dan terbang dengan penuh gaya bersama-sama Jovian x AirAsia!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories