Search
Close this search box.

Anchor Food Professionals Berkolaborasi Dengan Grab Malaysia Ceriakan ‘Rider’ Pada Bulan Syawal

Anchor Food Professionals akan melancarkan fasa ketiga kempen mereka, Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love di seluruh negara. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berkongsi detik kegembiraan melalui cinta mereka terhadap makanan. Kempen ini sedang berlangsung di Lembah Klang, melalui dua phasa, untuk memberi sokongan kepada para wira dan wirawati tanah air kita, iaitu rakan penghantar makanan kita.

Fasa pertama kempen ini telah disimpulkan dengan jayanya, menyaksikan lebih daripada 800 outlet F&B seperti US Pizza, Secret Recipe, Daboba, O’Briens, RT Pastry dan ramai lagi di seluruh negara mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut. Kempen Spread Joy, Spread Love mula dijalankan pada bulan Oktober 2021, dengan harapan untuk meraih dana berjumlah RM10,000. Anchor Food Professionals telah mengumpul 8,700 resit setakat ini, di mana dengan setiap resit berkenaan akan diterjemahkan kepada sumbangan bernilai RM1 ke tabung dana. Dana tersebut akan digunakan untuk membeli makanan buat para penghantar makanan di kawasan Lembah Klang.

Atas sebahagian daripada komitmen ini, Anchor Food Professionals telah hadir ke Taipan USJ di Subang Jaya untuk berkongsi keceriaan dengan rakan penghantar makanan sebagai tanda penghargaan atas keringat dan dedikasi mereka.

Menerusi kerjasama dengan Grab Malaysia, Anchor Food Professionals dan Grab mengiktiraf keringat yang dicurahkan oleh bukan sahaja kepada Grab riders tapi juga kepada semua rider penghantaran sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini. Bagi menunjukkan apresiasi, Anchor Food Professionals telah berkolaborasi dengan pelbagai restoran menerusi kempen ini untuk menyumbang bungkusan makanan buat para rakan penghantar makanan.

“Kami percaya bahawa makanan mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat dan mencipta detik-detik kegembiraaan dan kebahagiaan. Kami berasa teruja untuk meneruskan kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love kali ini bersama penghantar kita,” ujar Peter Quah, Pengarah Anchor Food Professionals Malaysia & Brunei.

“Kami menghargai keringat dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh para wira dan wirawati, khususnya warga penghantar makanan, yang telah membanting tulang mereka supaya kita boleh menikmati makanan kegemaran kita dari keselesaan rumah kita sendiri. Kami ingin menzahirkan penghargaan kami dengan menyebarkan kegembiraan dan kasih sayang melalui perkongsian makanan dan minuman lazat kami yang diperbuat daripada produk tenusu Anchor.” Peter, menambah.

Dengan pelancaran fasa ketiga yang akan berlangsung, Anchor teruja untuk terus menggalakkan orang ramai mencipta detik-detik manis menerusi cinta mereka terhadap makanan, sementara kempen Anchor Legendairy menginjak ke arah fasa yang ketiga pada bulan Jun ini.

Anchor Food Professionals ingin mempelawa orang ramai untuk menyertai usaha mereka dalam menyebarkan bibit keceriaan dan keprihatinan dengan menjamu selera di mana-mana 800 outlet F&B yang terlibat dan memuat naik resit mereka. Para peserta peraduan anjuran Anchor Food Professionals akan berpeluang untuk memenangi aneka hadiah berupa makanan yang bernilai lebih RM50,000! Dengan sasaran 10,000 resit menjelang akhir bulan Julai 2023, Anchor Food Professionals menggalakkan orang ramai untuk menyertai mereka dalam menyebarkan bibit keceriaan dan keprihatinan dalam kalangan anggota masyarakat kita sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love, sila layari laman sesawang kempen tersebut di https://bit.ly/AFPSpreadJoy-SpreadLove atau laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories