Search
Close this search box.

Alami Keseronokan Karaoke Yang Sebenar Di ‘A Quiet Place’ KL

Bukan seperti tempat sunyi biasa, A Quiet Place mengalu-alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan parti atau berhibur dengan nyanyian sahabat handai. Merupakan lokasi hiburan sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke yang sebenar.

Dibuka di tengah Bukit Bintang, A Quiet Place merupakan kedai utama (flagship store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000 kaki persegi dengan setiap satu konsep yang bakal menarik minat golongan pelanggannya tersendiri. Loud Speaker 2.0 ialah cawangan premium pertama yang dilancarkan sejak pembukaan 11 cawangan Loud Speaker yang tersedia ada. Mini Studio dan GeTai merupakan konsep karaoke baharu yang asalnya  bermula di Johor Bahru (JB) dan kini diperkenalkan di Kuala Lumpur. Mini Studio dan GeTai di cawangan utama A Quiet Place juga diberikan rupa dan gaya yang berbeza berbanding cawangan terawalnya di JB.

Sebaik sahaja pelanggan melangkah masuk ke A Quiet Place, mereka disambut dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Pelanggan karaoke kemudiannya akan terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan hiasan dalaman yang tersendiri.

 

Di A Quiet Place, pelanggan boleh memilih lagu menggunakan telefon bimbit mereka secara ‘on demand’ melalui aplikasi web.  Terdapat lebih 300,000 pilihan lagu dalam pelbagai genre untuk pelanggan mencari lagu karaoke kegemaran mereka.

Sementara itu, sistem audio tercanggih oleh JBL dan skrin luas berdefinisi tinggi boleh didapati di Loud Speaker 2.0dan GeTai untuk memastikan pelanggan dapat menikmati hanya yang terbaik.

Pelanggan di Loud Speaker 2.0 dan GeTai juga boleh memesan minuman sihat kombucha oleh Myboocha atau menikmati minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula dari bar minuman, sambil menikmati bertih jagung. Penggemar alkohol pula akan menyukai pilihan wain organik dan koktel yang disediakan; dipilih oleh pelayan wain di sana.

Lawati A Quiet Place untuk pengalaman karaoke premium terbaik. Untuk maklumat lanjut tentang A Quiet Place, layari www.aquietplacekl.com.

Alamat:

GF-003, Ground Floor, Federal Arcade, No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories