Search
Close this search box.

Ajinomoto Buka Kilang Di Bandar Enstek Untuk Lawatan Orang Ramai

Ajinomoto (M) Bhd (AMB) membuka kilang baharu yang terletak di Bandar Enstek Halal Hub untuk lawatan orang ramai. Kilang pintar dan mesra alam itu adalah bangunan hijau yang disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘Perak’ Indeks Bangunan Hijau (GBI).

AMB dalam kenyataan berkata, kilang itu menggunakan teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan serta produktiviti.

“Kilang ini direka bentuk untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi kemudahan rekreasi.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan dan sesi hidangan ringkas,” katanya.

Syarikat itu berkata, pengunjung yang mengikuti sesi lawatan secara percuma ini bakal menerima cenderahati menarik dan pelbagai sampel produk. Sesi lawatan boleh dilakukan bermula Isnin ini, jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Maklumat lanjut mengenai lawatan dan pendaftaran boleh didapati di laman web Ajinomoto Malaysia di https://www.ajinomoto.com.my/contactus/factory-visit-0.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories