Search
Close this search box.

AirAsia Lancar Semula Program Kadet Juruterbang

AirAsia melancarkan semula Program Kadet Juruterbang popularnya selepas dua tahun berikutan pandemik untuk menggalakkan orang ramai yang ingin membina kerjaya di awan biru untuk menyertainya.

Program Kadet Juruterbang ini adalah kursus khas selama 24 bulan bagi memberi persediaan kepada bakal juruterbang dengan latihan dan kelayakan yang mereka perlukan. Program ini yang bermula pada tahun 2004 telah mengambil ramai calon kadet juruterbang termasuklah wanita yang kini telah menjadi Pegawai Pertama, Juruterbang Kanan dan Kapten di AirAsia.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: AirAsia amat berbesar hati untuk memulakan semula Program Kadet Juruterbang selepas dua tahun, dan ini adalah tempoh yang amat istimewa bagi mereka

Dalam pada kami beroperasi pada kapasiti penuh secara beransur-ansur, kami telah melihat lonjakan permintaan terhadap industri pelancongan. Justeru, dengan tambahan jumlah pesawat bagi memenuhi permintaan ini, kami pastinya akan menambah bilangan juruterbang ke dalam keluarga besar kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan sebagai kadet juruterbang AirAsia, imbas kod QR dalam imej di atas atau layari pautan ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories