Kak Lina Pom Pom Tarik Diri Sebagai Pengacara GV All Stars

Pengacara terkenal Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom hari ini mengumumkan beliau menarik diri sebagai Pengaraca Rancangan Realiti, Gegar Vaganza All Stars atas sebab peribadi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

Elly Mazlein juga turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tidak dapat mengacarakan ASGV atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories