Sanusi & Aminuddin Angkat Sumpah Menteri Besar

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah dan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Muhammad Sanusi, 49,  melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada pukul 10:15 pagi tadi. Sanusi kembali memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas menang besar 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Manakala Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti. Kemenangan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional PH-BN di Negeri Sembilan dengan majoriti 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories