Syada Hamzah Remuk Lihat Ibu Sedih Beraya Tanpa Keluarga Lengkap

Penyanyi Syada HamzaH memberitahu hatinya remuk melihat wajah ibunya saat orang lain menyambut Syawal bersama ibu bapa, suami dan anak-anak.

Anak bongsu kepada pasangan Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman itu berkata, dia sebolehnya cuba mengelak ibunya daripada mendengar lagu raya yang sedih kerana tidak mahu melihatnya menangis.

“Saya kasihan melihat emak, sambil beraya, dia tengok sahaja orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Ia meremukkan hati saya.

“Saya perlu menjaganya supaya tidak terdengar lagu raya sedih. Sebelum dia mula menangis, saya sudah menangis dahulu.”

Syada turut meluahkan rasa sayu apabila sambutan Aidilfitri tahun ini tidak sempurna apabila ia hanya diraikan berdua bersama ibunya.Bagaimanapun, Syada seronok apabila akhirnya dapat berkumpul bersama adik-beradik lain pada hari raya keempat.

“Dari hari pertama rasa terasa rendah diri tengok orang lain ada keluarga yang sempurna, berpasangan (saya tumpang gembira untuk mereka).

“Semalam saya rasa sebak betul! Akhirnya dapat sambut raya dengan adik-beradik lengkap.”

Sejak semalam, tular video singkat memperlihatkan kelibat ND Lala berada di rumah pelakon Kazar Saisi selepas dikatakan menghilangkan diri dan didakwa berkahwin dua.

Pada 1 April lalu, Fauziah mendedahkan foto seorang wanita berserta namanya di Instagram mendakwa individu itu mengganggu rumah tangganya.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories