Farid Kamil Mohon Maaf Dengan Diana Danielle, Ibu Mentua

Selepas membuat kenyataan punca keretakan rumah tangga bersama Diana Danielle kerana pihak ketika, Farid Kamil menerusi perkongsian di Insta Story tampil memohon maaf kepada ibu mentuanya, Norsiah Ramli dan isteri.

Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga. Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam). Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi.

Farid ketika ditemubual media di perkarangan mahkamah semalam mendakwa dia terkejut apabila ibu mentuanya Norsiah Ramli tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.

Dakwa Farid, Diana Danielle pernah menghalau keluar ibunya dari rumah pada 2019.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories