AirAsia Aviation Group sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia untuk 2023.
AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2) serta syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap COVID-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia Aviation Group Limited, Bo Lingam, berkata keselamatan adalah faktor penentu utama bagi pengembara dan juga faktor utama yang mempengaruhi reputasi mana-mana syarikat penerbangan, lebih-lebih lagi selepas pandemik.
“Kami terus mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar penerbangan di Airlineratings.com atas pengiktirafan mereka.”
Dalam tempoh sekatan perjalanan pada dua tahun lalu, AirAsia memperkenalkan pelbagai inovasi dan prosedur tanpa sentuhan untuk menjadikan penerbangan lebih lancar dan bersih.
“Semua langkah ini membantu memulihkan keyakinan dalam perjalanan udara dan merangsang pengguna untuk terbang bersama kami.”
Sumber: AirAsia