Tak Layan Permohonan Maaf, Shuib Tetap Saman Lelaki Fitnah

Shuib enggan beri muka kepada individu yang dikenali sebagai John Dihani yang melemparkan fitnah terhadap dirinya dan Allahyarham Siti Sarah. Individu berkenaan sebelum ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram selepas mengaitkan pelawak terkenal itu dengan Freemason dan mendakwa Shuib sengaja membenarkan Allahyarham Siti Sarah ditidurkan untuk rawatan Covid-19 lebih dua tahun lalu.

“Saya, John Dihani dengan rendah hati dan penuh penyesalan di atas khilaf yang saya lakukan dengan ini, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada abang Shuib dengan penuh ikhlas.

“Ini berikutan hantaran pada 30 Jun 2023 dengan memuat naik gambar poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah Shuib.

“Disebabkan hantaran di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dan tindakan saya mengiyakan komen pengguna lain pada hantaran terbabit membawa kepada fitnah terhadap Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah,” tulisnya.

Akui terkesan dengan fitnah yang dilemparkan, Shuib mengambil keputusan meneruskan saman terhadap individu terbabit. Difahamkan Shuib melalui peguamnya telah menghubungi individu tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories